| Tarikh | 13 September 2025, Sabtu |
| Masa | 2.30 petang – 4.30 petang |
| Lokasi | NADI Kg Baru Nelayan |
| Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Webinar ini bertujuan untuk membantu pelajar membuat persediaan rapi menghadapi Peperiksaan SPM khusus bagi subjek Matematik. Fokus utama adalah pada pengukuhan konsep, serta penguasaan teknik menjawab dengan tepat dan berkesan. Pelajar akan didedahkan kepada strategi menjawab soalan yang mampu meningkatkan keyakinan pelajar dalam menyelesaikan masalah Algebra melalui contoh, latihan, dan tips cepat.
Aktiviti
- Sesi ini dikendalikan oleh Cikgu Roslan yang berkongsi teknik dan panduan praktikal untuk meningkatkan minat dan motivasi pelajar terhadap Matematik melalui pendekatan interaktif dan menyeronokkan.
- Peserta mengikuti sesi pembelajaran Matematik Algebra dengan melaksanakan tugasan yang diberikan mengikut teknik yang dipelajari.
Gambar disini