Tarikh | 10 Ogos 2025 , Ahad |
Masa | 10.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi | NADI Kg Baru Nelayan |
Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Bengkel Unboxing Kit IoT Inovasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai asas teknologi Internet of Things (IoT) melalui sesi penerokaan kit inovasi IoT. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan memupuk minat terhadap bidang STEM dan Teknologi Pintar, serta membina keyakinan pelajar dalam mengendalikan komponen digital yang interaktif, kreatif dan relevan dengan keperluan masa kini.
Aktiviti
- Sesi Unboxing Kit IoT Inovasi : Pengenalan kepada komponen dalam kit Iot Inovasi melalui aktiviti unboxing yang dibimbing oleh fasilitator.
- Penerangan Fungsi Komponen: Penjelasan tentang fungsi asas setiap komponen dalam ekosistem IoT termasuk sensor, aktuator, papan kawalan , dan sambungan rangkaian. Peserta akan didedahkan kepada konsep asas bagaimana peranti IoT berfungsi dan berkomunikasi.
Gambar Disini