Tarikh | 17 Mei 2025, Sabtu |
Masa | 2.00 petang – 3.30 petang |
Lokasi | NADI Kg Baru Nelayan |
Peserta | 2 Orang |
Tujuan
Webinar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai pelbagai taktik manipulasi siber yang digunakan oleh penjenayah dalam mengeksploitasi mangsa. Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang peranan individu dalam mengenal pasti dan mencegah serangan yang menyasarkan kelemahan manusia dalam dunia digital.
Aktiviti
- Perkongsian oleh penceramah mengenai teknik manipulasi seperti phishing, spoofing dan social engineering, termasuk contoh kes sebenar.
- Sesi soal jawab interaktif yang memberi ruang kepada peserta untuk bertanya soalan, berkongsi pengalaman, dan mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan isu manipulasi dan keselamatan siber.