Tarikh | 20 Jun 2025, Jumaat |
Masa | 3.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi | NADI Kg Baru Nelayan |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Kelas Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna internet mengenai bahaya malware dan kesan buruknya terhadap keselamatan data dan sistem komputer. Seterusnya, mendidik peserta mengenai cara-cara mengenal pasti tanda-tanda jangkitan malware serta menggalakkan tanggungjawab digital dalam kalangan pengguna agar lebih berwaspada ketika melayari internet atau memuat turun fail.
Aktiviti
- Penceramah menerangkan maksud malware dan bagaimana ia menyusup melalui e-mel, pautan palsu atau muat turun tidak selamat.
- Penceramah berkongsi jenis-jenis malware seperti virus, trojan, ransomware dan spyware beserta contoh serangan sebenar.
- Penceramah menjelaskan risiko seperti kecurian data, kerugian kewangan dan gangguan sistem jika data tidak dilindungi.