mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Julai 2025 : Kempen Internet Selamat | SK Sungai Nibong

Tarikh  30 Julai 2025 , Rabu
 Masa 3.00 petang – 5.00 petang
 LokasiNADI Kg Baru Nelayan
 Peserta30 Orang

Tujuan

Kempen Internet Selamat bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar SK Sungai Nibong mengenai penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab, serta membina kefahaman tentang hak dan tanggungjawab sebagai pengguna internet, tanpa fokus kepada media sosial secara langsung.

Aktiviti

  1. Fasilitator menyampaikan taklimat mengenai keselamatan internet kepada pelajar SK Sungai Nibong bagi meningkatkan kesedaran tentang penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab.
  2. Fasilitator membimbing pelajar dalam mengenal pasti kandungan yang sesuai dan tidak sesuai daripada sumber seperti internet dan televisyen.
  3. Sesi turut merangkumi penerangan tentang hak pelajar sebagai pengguna internet serta tanggungjawab mereka dalam memastikan keselamatan diri semasa berada dalam talian.
  4. Program diakhiri dengan kuiz interaktif bagi menilai tahap pemahaman pelajar terhadap maklumat yang telah disampaikan sepanjang sesi.

Gambar Disini