mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Januari 2026 : NADI Dilea | Webinar Berkala Sains Edisi 1

Tarikh  3 Januari 2026, Sabtu
 Masa 2.30 petang – 4.30 petang
 LokasiNADI Kg Baru Nelayan
 Peserta1 Orang

Tujuan

Webinar ini bertujuan untuk membantu pelajar memahami subjek Sains, khususnya topik Respirasi, yang sering dianggap sukar dan mengelirukan. Program ini memberi fokus kepada penerangan proses respirasi secara mudah dan berperingkat, pemahaman istilah-istilah penting, serta teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul bagi meningkatkan keyakinan dan kefahaman pelajar.

Aktiviti

  1. Sesi webinar ini dikendalikan oleh Cikgu Sorfian, yang menyampaikan penerangan topik Respirasi secara santai tetapi berstruktur, menggunakan contoh mudah dan langkah demi langkah bagi memudahkan pemahaman pelajar.
  2. Pelajar turut terlibat secara aktif melalui aktiviti ringkas, perbincangan, serta latihan soalan berdasarkan format peperiksaan. Sepanjang sesi, pelajar menerima bimbingan dan maklum balas secara langsung bagi membantu mereka menguasai konsep Sains dengan lebih yakin dan berkesan.

Gambar Disini