mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Q1 2025 : Mohammad Danish Iqmal

Latar Belakang

Danish Iqmal, 16 tahun, merupakan seorang pelajar yang tinggal bersama ibu bapanya di Taman Cahaya, Sungai Besar, berhampiran NADI Kampung Baru Nelayan. Sejak kecil, beliau menunjukkan minat mendalam terhadap teknologi dan permainan video. Minat ini mendorongnya untuk menyertai program eSukan di bawah teras pembelajaran sepanjang hayat anjuran NADI.

Sebelum Program Perkhidmatan Pintar/ penglibatan NADI

Sebelum penglibatan Program Perkhidmatan Pintar di NADI, Danish Iqmal sering meluangkan masa bermain permainan mudah alih seperti Mobile Legend secara santai bersama rakan-rakan. Namun, beliau kurang pendedahan tentang potensi sebenar eSukan sebagai satu bidang yang boleh membawa peluang kerjaya dan pembangunan diri.

Selepas Program Perkhidmatan Pintar/ penglibatan NADI

Selepas menyertai Program Perkhidmatan Pintar di NADI, Danish Iqmal mengikuti kelas kesedaran eSukan dan menunjukkan minat serta komitmen yang tinggi dalam bidang tersebut. Beliau berjaya menjadi wakil NADI dalam pertandingan Mobile Legend Siri 1 pada tahun 2024. Selain itu, Danish juga aktif menyertai program DILEA bagi meningkatkan mutu pembelajaran dan persediaan menghadapi peperiksaan SPM. Komitmennya dalam pembelajaran dan semangat bersaing dalam eSukan telah memberi inspirasi kepada rakan-rakan sebayanya di kawasan tersebut.