“Mak dah bebel banyak kali jangan lupa tutup suis!”
Dulu kita fikir mak cuma berjimat. Tapi sekarang, bila tengok bil elektrik sendiri… Baru rasa nak sambung bebelan tu dekat anak-anak pula.
Sebenarnya bukan guna banyak sangat,
tapi kita guna pada masa yang salah.
Iron baju waktu petang.
Masak guna air fryer masa Maghrib.
Caj telefon waktu puncak.
Penapis air & pengecas tak pernah tutup.
Guna barang elektrik lama yang tak jimat tenaga.
Skim Time-of-Use (ToU) yang baru ni beri kita peluang jimat guna lebih lepas 10 malam, sebelum 2 petang, atau hujung minggu.
Mak dah lama membebel ajar kita berjimat. Sekarang masa untuk kita praktikkan.
[ Sumber : Public Health Malaysia ]