E-Pembelajaran | Pendaftaran Kemasukan Tahun 1
PEDi Kg Baru Nelayan PEDi Kg Baru NelayanMembantu peserta cara penggunaan komputer bagi mengisi e-kerajaan iaitu Pendaftaran Kemasukan Darjah 1 bagi sesi 2024.
Membantu peserta cara penggunaan komputer bagi mengisi e-kerajaan iaitu Pendaftaran Kemasukan Darjah 1 bagi sesi 2024.
Petugas melakukan aktiviti seperti memberi taklimat dan penerangan mengenai peralatan komputer dan fungsinya. Seterusnya, peserta juga diajar cara menggunakan tetikus menerusi kaedah permainan pendidikan. Hal ini kerana, penggunaan tetikus adalah kemahiran yang penting yang perlu diketahui apabila menggunakan komputer.
E- Learning ini bertujuan untuk mengajar peserta mengenai teknologi maklumat yang berfungsi untuk mengumpulkan, memproses, menyimpan maklumat dan memperkenalkan cara menggunakan internet dengan bijak dan memberi pendidikan kepada peserta mengenai kegunaan internet
Pendidikan STEM ini bertujuan untuk melatih peserta berfikir secara kreatif, sistematik dan logik. Permainan pendidikan engineering ini dapat membantu peserta mengembangkan teori, kemahiran dan cara berfikir mereka ke arah globalisasi.
E- Pembelajaran ini bertujuan untuk mengajar peserta mengenai cara untuk mengenal diri sendiri, cara untuk membezakan jantina melalui perbezaan rupa paras dan penampilan dan memberi latihan melalui permainan pendidikan atas talian.
Tujuan pembelajaran ini untuk memberi pembelajaran mengenai topik system dinamik kepada peserta yang hadir ke program dan memberi pendedahan mengenai ilmu kejuruteraan kepada golongan muda
Pembelajaran ini bertujuan untuk mengajar peserta cara membuat dokumen, mengemaskini dokumen serta menyimpan dokumen. Kemudian, memberi pembelajaran mengenai asas kemahiran microsoft word sekaligus meningkatkan kemahiran ICT peserta.
Kelas soft skill iaitu kemahiran berkomunikasi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam berkomunikasi bagi meningkatkan keyakinan diri apabila berkomunikasi dikhalayak ramai. Jadi, petugas membuat aktiviti pembentangan bagi memupuk kemahiran komunikasi yang baik dan berkeyakinan.
Kelas basic ICT ini bertujuan untuk mengajar peserta mengenai asas pengenalan komputer dan mengajar peserta etika dalam menggunakan komputer serta mendidik peserta supaya menjadi pengguna komputer dan internet yang bijak.