mcmc
KomunitiMaklumat Setempat

BIGben | Bilik Gerakan Banjir JKR Malaysia

APA ITU BiGBen?

BiGBen atau Bilik Gerakan Bencana JKR Malaysia telah ditubuhkan pada 22 November 2008 sebagai One Stop Centre untuk menguruskan maklumat kejadian bencana yang melibatkan jalan di bawah seliaan JKR, iaitu Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri.

Antara bencana yang dipantau termasuklah:
• Banjir
• Cerun runtuh
• Jalan runtuh atau mendap
• Jambatan rosak/runtuh

Peranan Utama BiGBen

� Menjadi pusat rujukan maklumat bencana terkini
� Menyalurkan info penutupan jalan & laluan alternatif kepada orang awam
� Memaparkan status bencana secara atas talian (online) untuk memudahkan perjalanan pengguna jalan raya

Operasi BiGBen

BiGBen beroperasi mengikut situasi semasa bencana di negara ini dan dibahagikan kepada tiga peringkat pengaktifan.

Maklumat terkini boleh diikuti melalui:
• Facebook rasmi BiGBen JKR Malaysia � Bilik Gerakan Bencana JKR Malaysia
• Portal eBencana JKR � http://bencana.jkr.gov.my

� Untuk laporan atau maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi Hotline BiGBen di 03-2610 7727.

#KKR #JKR #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

[ Sumber : Kementerian Kerja Raya Malaysia ]