| Tarikh | 7 september 2025, Ahad |
| Masa | 10.00 pagi – 4.00 petang |
| Lokasi | NADI Kampung Baru Nelayan |
| Peserta | 27 orang |
Tujuan
Tujuan Program ini adalah untuk mengaktifkan penggunaan NADI sebagai pusat interaksi sosial, pendidikan dan digital rakyat. Menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan nasional melalui aktiviti di peringkat komuniti, memupuk rasa cinta kepada negara merentasi semua lapisan masyarakat.
Aktiviti
- Pendaftaran Ahli NADI – Galakan kepada komuniti untuk mendaftar sebagai ahli NADI dan memanfaatkan kemudahan digital yang disediakan.
- Saringan Kesihatan Percuma – Pemeriksaan kesihatan asas secara percuma untuk penduduk setempat.
- Pertandingan Mewarna (Kategori Kanak-Kanak) – Aktiviti mewarna bertemakan kemerdekaan bagi mencungkil bakat dan semangat patriotik kanak-kanak.
- Pertandingan Menghias Cupcake (Kategori Terbuka) – Menyemarakkan sambutan merdeka melalui kreativiti menghias cupcake.
- Kuiz Merdeka (Kategori Terbuka) – Ujian pengetahuan berkaitan sejarah dan kemerdekaan Malaysia.
- Friendly Match Mobile Legends (Kluster Sabak Bernam) – Pertandingan santai e-sukan bagi wakil NADI
- Penyampaian Hadiah – Penghargaan kepada pemenang semua pertandingan yang diadakan.
Gambar Disini