Laporan Ogos 2025 : NADI Tiny Techies | Bengkel Microbit
| Tarikh | 2 Ogos 2025, Sabtu |
| Masa | 10 pagi – 11 pagi |
| Lokasi | NADI Kg Baru Nelayan |
| Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Bengkel Micro:bit ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai asas pengaturcaraan dan elektronik menggunakan papan Micro:bit. Selain itu, bengkel ini juga berperanan memupuk minat terhadap teknologi serta membina keyakinan dalam mengendalikan projek digital yang interaktif dan kreatif.
Aktiviti
- Pengenalan Micro:bit: Pengenalan kepada papan Micro:bit dan fungsinya melalui demonstrasi interaktif oleh fasilitator.
- Pembelajaran Asas Pengaturcaraan: Sesi pembelajaran asas pengaturcaraan menggunakan blok kod (block-based coding) untuk mengawal LED, butang, dan sensor pada Micro:bit.
- Sesi Interaktif dan Perkongsian Idea: Sesi soal jawab dan perkongsian idea bersama mentor bagi menggalakkan kreativiti, inovasi dan kefahaman mendalam dalam kalangan peserta.
Gambar Disini