Tarikh | 22 Jun 2025, Ahad |
Masa | 9.30 pagi – 10.30 pagi |
Lokasi | NADI Kg Baru Nelayan |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Webinar ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengguna internet mengenai bahaya laman web berbahaya (malicious websites) yang boleh mencuri maklumat peribadi, menyebarkan malware atau memperdaya pengguna. Ia juga mendidik peserta tentang cara mengenal pasti laman web penipuan serta menggalakkan tanggungjawab digital agar pengguna lebih berwaspada semasa melayari internet dan membuat transaksi dalam talian.
Aktiviti
- Penceramah menerangkan maksud laman web berbahaya dan bagaimana ia menipu pengguna melalui rekaan laman yang menyerupai laman rasmi, pautan palsu dan amaran palsu.
- Penceramah berkongsi jenis-jenis laman web penipuan seperti laman phishing, scam pelaburan, dan kedai dalam talian palsu, beserta contoh kes sebenar.
- Penceramah menjelaskan risiko seperti kehilangan data peribadi, kerugian kewangan dan kecurian identiti, serta langkah-langkah mengenal pasti laman web yang mencurigakan.