Bila umur makin meningkat, testosteron dalam badan lelaki makin turun. Otot makin susut, lemak makin senang berkumpul terutamanya dekat perut.
Setiap kali otak penat, badan fikir: “aku kena simpan tenaga lebih.” Itu adalah kesan kortisol, hormon stres yang diam-diam simpan lemak di kawasan abdomen.
Bila kita ambil terlalu banyak gula atau makan tak tentu waktu, insulin jadi keliru. Lemak tak dibakar, tapi disimpan. Perut pun makin ‘berisi’.
Tapi ini berita baiknya..
Hormon boleh ditenangkan. Lemak boleh dikurangkan.
Asalkan kau mula…
• Tidur cukup
• Kurangkan gula
• Bergerak setiap hari walau 30 minit
Perut buncit adalah signal dari badan: “tolong jaga aku semula.”
[ Sumber : Public Health Malaysia ]