Tarikh | 3 Mei 2025, Jumaat |
Masa | 2.30 Petang – 4.30 Petang |
Lokasi | NADI Kg Baru Nelayan |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan
Webinar Motivasi Pelajar ini bertujuan untuk membimbing pelajar Tingkatan 4 dan 5 dalam merancang hala tuju pendidikan selepas SPM. Program ini memberikan pendedahan tentang pelbagai pilihan laluan pendidikan, memberi panduan dalam permohonan UPU secara dalam talian, serta membantu pelajar memahami kaedah pengiraan merit agar mereka dapat membuat keputusan yang lebih tepat dan strategik mengenai masa depan mereka.
Aktiviti
- Pengenalan dan ucapan aluan oleh penganjur.
- Ceramah motivasi dan perkongsian oleh Cikgu Azril, Perunding Hala Tuju Pendidikan Program “Plan My Path”.
- Penerangan tentang hala tuju selepas SPM: laluan akademik, TVET, dan institusi pengajian tinggi.
- Panduan permohonan UPU online dan pengisian borang dengan betul.
- Penjelasan tentang kaedah pengiraan merit untuk kemasukan ke IPTA.
- Sesi soal jawab secara langsung bersama peserta.